Monday 21 November 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

                           sumber gambar : cheritasesuatu.blogspot.com
Bahan-bahan ( Mkn utk 4 org )

Ikan Patin
Tempoyak, dari durian baru
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
Daun Kesom 5 tangkai
Kunyit hidup atau serbok
Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.

Cara-cara

Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mak saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.

Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.

Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.

Tambahan: Masakan tempoyak ikan Patin/Baung banyak variasi. Ini ada versi Perak original.Pah saya punya resepi. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.

Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya.

SUMBER RESIPI :My Resipi.Com

RESIPI NASI DAGANG

     
                                        sumber gambar : tourism.terengganu.gov.my
PENGENALAN

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan beras berbeza dikenali 'beras dagang'.

 Nasi dagang Terengganu

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi dagang lain-lain

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan


RESIPI

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


**NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula

Cara-cara

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:

Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR:

 Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

SUMBER RESIPI : My Resipi.com

RESIPI KUIH CARA MANIS



                                  sumber gamabar : resepiraidah.blogspot.com

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti

Cara-cara
Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.

Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.

Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

SUMBER RESIPI : My Resipi.com

Sunday 20 November 2011

VIDEO TUTORIAL MEMASAK GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN (YOUTUBE)

VIDEO TUTORIAL MEMASAK NASI DAGANG (YOUTUBE)

Tuesday 15 November 2011

VIDEO TUTORIAL MEMBUAT KUIH SERI MUKA (VIDEO YOUTUBE)

VIDEO TUTORIAL MENGANYAM KETUPAT PALAS (VIDEO YOUTUBE)

Monday 14 November 2011

RESIPI KETUPAT PALAS


                       sumber gambar: mycooking2u.blogspot.com

 PENGENALAN 


Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.
Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

RESIPI

Bahan-Bahan:



1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

Cara - Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.

Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.

Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang tok atau kari daging pekat.

RESIPI KUIH SERI MUKA

                                        sumber gambar : frommyinside.blogspot.com

 PENGENALAN 


Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih tradisi Malaysia. Kuih ini berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah).
Lapisan bawah kulit ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

RESIPI


Bahan-bahan ( saiz loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-

A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.

B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.

C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.

D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.

E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.

F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.

2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...

3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!

4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan.

SUMBER RESIPI : My Resipi.com

RESIPI RENDANG TOK

                                      sumber gambar : eats.my


 PENGENALAN

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

RESIPI

Bahan-bahan ( 1 family )

1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar/teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar/teh jintan putih
1 sudu besar/teh jintan manis
3 biji buah keras
3 kuntum bunga lawang
25 biji cili kering
5 batang serai
5 cm halia
20 biji bawang kecil

Cara-cara

Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2

Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar

Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.

Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.

Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.

Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.

Perlahankan api dan kacau hingga kering.

SUMBER RESIPI : My Resipi.com

RESIPI NASI KERABU


PENGENALAN  

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.
Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng

RESIPI

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)

Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh

Bahan-bahan (nasi)

Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)

4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)

Kelapa parut

Cara-cara

Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.

SUMBER RESIPI : My Resipi.com

RESIPI NASI LEMAK

                                     sumber gambar : chengmun1008.blogspot.com


 PENGENALAN 

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi



 RESIPI

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

Bahan untuk nasi:-
* 2 cawan beras
* 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
* 1 helai daun pandan - disimpul
*3 hirisan halia
* secubit garam

Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin
* 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* sedikit belacan (jika suka)
* garam n gula

Bahan sampingan lain :-
*Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara
*Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

*Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.

*Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

*Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

SUMBER RESIPI : My Resipi.com